Sunday 15 March 2015

#Resepi : Swiss Roll


Setiap hari Sabtu, saya akan menghadiri kelas Baking & Pastry dianjurkan oleh Projek Belanga Ex MRSM 80-84 ) di UiTM Shah Alam. Kelas ini akan berlanjutan hingga awal bulan April. Semalam, mereka telah mengajar penyediaan kek Swiss Roll, Kek Cawan dan Kek Marble.

Pada entri sebelum ini saya telah mengajar cara mempuat Pie Apple. Kali ini saya akan tunjukkan cara membuat Swiss Roll. Swiss Roll ini adalah sejenis Sponge Cake.

Swiss Roll ( Kek Gulung )


Bahan bahan yang ini untuk 3 loyang.
  • Soft Flour 230 gram 
  • Tepung jagung 80 gram
  • Secubit garam
  • Serbuk penaik ( Baking Powder ) 10 gram
  • Ovalette( dikenali sebagai sponge cake stabiliser ) 40 gram
  • Gula kastor 350 gram
  • Telur 15 biji 650 gram
  • Air 70 gram
  • Marjerin ( yang telah dicairkan ) 180 gram


Cara Penyediaan :

  1. Ayak tepung jagung, soft flour dan garam bersama sama di dalam satu bekas. 
  2. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan ( kecuali marjerin yang telah dicairkan ) ke dalam bekas pemukul ( mixer bowl ) 
  3. Pukul bahan tadi sehingga kembang. 
  4. Masukkan margerin yang telah dicairkan 
  5. Untuk buat corak bewarna di atas, ambil sedikit sahaja adunan tersebut dan campurkan dengan pewarna yang anda mahu. 
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan. Selepas itu anda boleh mengambil adunan yang dicampur pewarna tadi dan boleh mula membuat corak di atas adunan di dalam loyang seperti gambar di atas. 
  7. Seterusnya, bakar pada suhu 180c selama 10-20 minit. 
  8. Setelah masak, keluarkan kek tersebut daripada loyang 
  9. Sejukkan. 
  10. Sapukan Jem atau Krim ( Kedua duanya pun boleh. ikut citarasa masing-masing ) ke atas permukaan kek dan gulung kek tersebut.



Begitulah cara penyediaan kek Swiss Roll. Ini adalah cara penyedian Swiss Roll yang mudah. Anda boleh membuat carian di Google untuk yang menghasilkan corak kek swiss roll yang lebih menarik seperti Swiss Roll Zirafe, Rainbow Swiss Roll.

Membuat corak di atas adunan swiss roll
Pelajar dan guru yang terpilih dalam program Cooking & Baking


2 comments:

  1. bestnya kelas ni....terngin nak buat kek swiss roll ni

    ReplyDelete
  2. wah interesting nya ^_^ sy ada thu beberapa teknik mencorakkan kek, walau tak pernah cuba. hehehe

    ReplyDelete