Saturday 2 April 2016

#Resepi : Kek Cawan Pelangi


Setelah sekian lama menyepi untuk membuat persediaan sebagai calon SPM 2015 yang lepas, kini saya kembali untuk meneruskan perkongsian ilmu di dalam blog ini. Kali ini saya akan berkongsi cara-cara membuat Kek Cawan Pelangi


Kek Cawan Pelangi





  • 250 gram Tepung (Soft Flour)
  • 250 gram Mentega/Marjerin
  • 250 gram Gula Kastor
  • 1/2 sudu kecil Serbuk Penaik (Baking Powder)
  • 5 biji Telur
  • 1 sudu Esen Vanilla
  • Mangkuk kek cawan
  • Pewarna (Mengikut citarasa masing-masing) 
Cara Penyediaan :
  1. Ayak tepung dan serbuk penaik  
  2. Pukul Mentega dan gula kastor sehingga kembang 
  3. Masukkan telur satu persatu, kemudian masukkan esen vanilla
  4. Masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak sedikit demi sedikit
  5. Kacau sehingga sebati
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna yang berbeza dalam setiap adunan
  7. Masukkan adunan ke dalam acuan dengan cara berselang seli
  8. Bakar selam 15-20 minit pada suhu 180c (bergantung kepada saiz kek cawan )
  9. Sejukkan dan boleh dihias dengan dekorasi yang diingini
Sementara menunggu kek cawan siap dibakar, kita sudah boleh membuat Butter Cream untuk dihias atas kek cawan tersebut.
Butter Cream





  • 250 gram Krimwell
  • 250 gram Mentega
  • 250 gram Gula Aising
Cara Penyediaan :
  1. Campurkan semua bahan dan pukul sehingga sebati  
  2. Sedia untuk digunakan bagi menghias kek cawan
Ini adalah resepi yang agak simple dan senang dibuat. Jika anda rasa resepi ini tidak mencabar, anda boleh Google resepi Kek Cawan Red Velvet, Kek Cawan Oreo dan beberapa resepi kek cawan yang lain.


Baki Butter Cream yang tak habis, boleh dihabiskan hahaha

Kek Cawan yang sudah dihias dengan Butter Cream
Sampai disini sahaja post kali ini. InsyaAllah saya akan berkongsi ilmu yang lain pula pada post yang akan datang. Sekian


3 comments:

  1. cantiknya! kalau saya mmng tak dapatlah nk buat kek cawan yg cantik macamni :D

    ReplyDelete
  2. Peh sedapnya! thanks share resipi boleh try nnti :D

    ReplyDelete
  3. Sedap nye! Done follow #48.. jempot singgah zarachingu.blogspot.my シ

    ReplyDelete