Saturday, 28 February 2015

#Resepi : Apple Pie



Semalam saya telah menghadiri kelas Baking & Pastry ( dianjurkan oleh Projek Belanga Ex MRSM 80-84 ) di UiTM Shah Alam. Pada kelas kali ini, mereka mengajar cara membuat Pie Apple, Pie Blueberry dan Pie Ayam dan Sardin Roll. Pie adalah pastry yang popular di Amerika. Sesuai dijamah pada waktu minum petang.

Saya akan tunjukkan langkah-langkah untuk membuat Pie Apple. Kita mulakan dengan membuat Apple Filling ( Inti Pie Epal ).


Apple Filling ( Inti Pie Epal )





  • 5 nos Apple Green ( dipotong kecil )
  • 1/2 Cup Brown Sugar
  • 1/2 nos Lemon Juice
  • 1+6 sp Tepung Jagung
  • 1+6 sp Raisin (Kismis)
  • 1+6 sp Air Panas
  • Garam secukup rasa
Kaedah :
  1. Masukkan semua bahan di dalam periuk.
  2. Masakkan 10 Minit
  3. Bancuhkan tepung jagung bersama air untuk pekatkan inti
  4. Masakkan 5 minit
Setelah selesai membuat Apple Filling, seterusnya kita buat Sugar Crust (Kerak Manis). Ada dua jenis Crust iaitu ShortCrust ( Untuk inti yang pedas seperti Chicken pie ) dan Sugar Crust ( Untuk inti yang manis seperti Apple Pie )

Sugar Crust ( Kerak Manis )



  •  Tepung 250 gram
  • Margarin 125 gram
  • Telur 1 nos
  • Gula Kastor 1 tbsp
  • Susu UHT 1 tbsp
  • Garam secukup rasa
Kaedah :
  1. Campukan tepung, garam, margerin dan gula. Kmeudian gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan telur dan gaul sebati
  3. Rehatkan doh selama 20 minit
  4. Leperkan doh dan terap menggunakan pemotong doh.
  5. Masukkan ke dalam acuan pie dan isikan dengan inti epal yang telah dibuat.
  6. Tutup permukaan pai dengan doh. Susun ikut kreativiti kamu semua
  7. Sapukan sedikit kuning telur di atas permukaan doh tadi
  8. Bakar hingga 30 minit, suhu 180c hingga warna keemasan


Kalau anda tidak mahu meletak inti epal, anda boleh menggantikannya dengan inti Blueberry. Setelah siap, anda boleh hidangkan untuk dijamah. Sekian sahaja resepi kali ini.


Mengajar kanak-kanak riang yang hanya tahu makan hahaha

Bersama ahli kumpulan di kelas Baking & Pastry

6 comments:

  1. dia mcm tart nenas eh? rajin g kelas baking kan. sy yg perempuan ni pon malas kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup macam tart nenas. heheh saya minat baking ni.

      Delete
  2. Hebat! *Thumbs up*
    Akak minta izin nak ambik resepi ye:)

    ReplyDelete
  3. alahaiii macam sedap jep pie tu... lapar plak rasa T_T

    ReplyDelete