Sunday 22 February 2015

Saya Blogger Baru



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa melawat blog ini. Untuk permulaan, saya memperkenalkan diri dahulu. Nama saya Aiman Zulkifli. Boleh panggil Eman / Aiman / Man. 17 tahun. Masih belajar di sekolah menengah dan saya adalah calon SPM.



Saya bukan baru di arena blogging ini. Saya mula berblogging sejak umur 12 tahun lagi. Tapi pada masa itu saya membahasakan diri 'Aku, Gua'. Maklumlah, masa itu belum cukup umur lagi. Akal fikiran tidak matang dan kebudak budakan lagi. Jadi untuk kali ini saya akan menggunakan ' Saya, Kamu ' kerana lebih senang bagi saya membahasakan diri dengan mereka yang berbeza umur dan juga dengan bangsa yang lain.

Bercakap tentang kandungan pos/entri, boleh dikatakan pos di dalam blog ini adalah rojak. Bermacam macam jenis entri yang akan dipaparkan. Resepi masakan, tutorial, tips dan sebagainya.

Harapan, saya mahu jadi blogger yang hebat dan dikenali seperti Ariff Shah. Semoga entri di dalam blog ini dapat dimanfaatkan oleh kamu semua ( Pengunjung Blog ).


8 comments:

  1. Salam Eman..goodluck for yr spm this year. Do the best, Allah will do the rest.

    ReplyDelete
  2. Hai blogger baru ! :P good luck for SPM. esok sy kena amek result. woo woo :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi blogger lama. hahah. wah goodluck for your result spm tomorrow :)

      Delete
  3. Dah lama berblogging laa nie eyh. Hehehe Apa apa pun, selamat bermula semula =P Haha And happy bloggiing =D Gudluck SPM =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama kak. cuma saya start dari mula balik. belajar dari kesilapan lalu :)

      Delete